Selasa, 1 April 2014

Tawaran Kemasukan Sesi Mei 2014 Program Akademik Usahasama dengan UiTM Oleh Kolej Bersekutu Kolej Unikop Kuala Lumpur

Assalamualaikum..

Permohonan secara online untuk kemasukan ke Kolej Unikop Kuala Lumpur bagi program akademik Usahasama UiTM samaada bagi peringkat pra diploma atau diploma bagi sesi pengambilan Mei 2014 kini dibuka sehingga 18 Mei 2014. Mudah !!! Hanya Lengkapkan borang permohonan online . Mereka yang layak dan akan dihubungi melalui surat tawaran. Sila Klik Borang Permohonan Online Unikop KL 


Anda juga dialu-alukan untuk membuat permohonan secara hadir terus ("walk in)  Kolej Unikop KL untuk membuat permohonan bagi kemasukan sesi Mei 2014 ini tapi ingat ya semuanya perlu dibuat sebelum 3 Jun 2014.

Dipermudahkan maklumatnya begini :

1. Jika ingin memohon melalui online : sila mohon dan lengkapkan borang sebelum 18/5/2014. 
Permohonan yang lewat mungkin hanya ditawarkan pada Intake yang akan datang

2 Jika dapat hadir terus @datang Ke Kolej Unikop KL sendiri untuk ambil borang dan tengok-tengok tempat belajar dan suasana persekitarannya : sila hubungi talian telefon nombor 03-61867936 dan bawalah dokumen2 berkaitan dll daftar sebelum 3/6/2014.

Berikut adalah program-program yang ditawarkan untuk kemasukan Kolej Unikop KL bagi sesi Mei 2014 ini .

Pra Diploma Sains (PD 008)
Pra Diploma Perdagangan (PD 003)
Diploma Sains (AS 120)
Diploma Pengajian Perniagaan (BM 111)
Diploma Perakaunan (AC 110)
Diploma Sains Komputer (CS 110)
Diploma Sains Matematik (CS 143)
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat ( BM 118)

### Nasihat@saranan buat bakal calon pelajar dan ibubapa :

Sila baca syarat kelayakan masuk terlebih dahulu sebelum memohon atau buat pertanyaan. Syaratnya ada disini .. klik disini 

Sila baca kelebihan Kolej Unikop sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Kolej Unikop .


Sebarang pertanyaan berkaitan program Pra Diploma atau Diploma usahasama UiTM ini harap dapat berhubung terus dengan Kolej Unikop Kuala Lumpur di talian 03-61867936 bukan berhubung dengan saya ya. Maaf saya bertugas di Unikop Melaka jadi mungkin maklumat yang saya ketahui dan dapat sampaikan amat terhad , jadi lebih mudah kalau anda dapat berhubung terus dengan pegawai-pegawai di Unikop KL .

Kalau anda ingin bertanya tentang program Unikop Melaka Insyaallah saya dapat jawab...

" Semoga Impian Anda Menjadi Kenyataan.

Insyaallah dengan Usaha, Doa dan Tawakal ..Kejayaan Akan Menjadi Milik Anda "


Sekadar Berkongsi Info...

Puan Nabila Unikop Melaka

Makluman Mengenai Tarikh Pengambilan Program Kemahiran Kolej Unikop Cawangan Melaka Intake Julai/Ogos 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Permohonan Online Bagi Program Kemahiran Yang Ditauliahkan Oleh JPK Di Kolej Unikop Cawangan Melaka untuk Intake Julai/Ogos 2014 telah dibuka .

Tarikh Pengambilan Belum Ditentukan lagi .Perkara ini berlaku kerana pihak kami masih dalam proses melaksanakan beberapa perkara berkaitan dengan arahan @maklumbalas terkini JPK dan PTPK
Insyaallah mana-mana pelajar yang terpilih dan layak akan diberitahu melalui surat tawaran seawal Jun 2014 sahaja. Di dalam surat tawaran tersebut mengandungi pelbagai maklumat yang lengkap yang anda perlukan sebelum anda menentukan untuk menerima atau tidak tawaran tersebut termasuk maklumat yuran, pinjaman dll.

Harap Maklum.

Puan CtNorNabila
Bahagian Pemasaran Kolej Unikop Cawangan Melaka

Isnin, 31 Mac 2014

Jom Tengok Kelebihan UiTM : Tabung Pendidikan Alumni UiTM.


UiTM atau Universiti Teknologi Mara ialah sebuah universiti yang cukup berjaya dalam menghasilkan siswazah yang berke­terampilan, versatil dan hands-on.

Rata-rata para siswazahnya boleh membuat kerja pada hari pertama mereka mendaftar sebagai pekerja.
Ini bukan omongan, tapi realiti. Ada jugalah yang gagal. Tetapi 70 peratus daripada para siswazahnya berjaya mendapat kerja sebaik sahaja habis belajar. Kadar kebolehpekerjaan (employability) siswazah UiTM cukup tinggi jika diambil kira dengan nisbah populasi yang dihasilkan setiap tahun. Setiap tahun ia menghasilkan kira-kira 30,000 lulusan dalam pelbagai bidang.

Setakat ini terdapat lebih 530,000 siswazahnya melata di dalam dan luar negara. Dalam jumlah itu ada yang dihasilkan oleh Pusat Latihan RIDA semasa penubuhannya dari 1956-1965, Kolej Mara (1965-1967) dan ITM (1967-1999) sebelum dinaik taraf sebagai universiti dan UiTM sendiri.

Angka 500,000 itu dikenali sebagai alumni atau bekas pelajar di alma mater itu.
Jumlah itu cukup besar. Ia cukup kuat sebagai sebuah badan alumni. Jika ditukar menjadi badan siasah, ia adalah kuasa ke­dua terbesar selepas UMNO.
Walaupun selepas menerima diploma dan masing-masing ada yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah di institusi dalam dan luar negara, semangat RIDA/ITM/UiTM mereka cukup teguh di sanubari masing-masing.
Semangat lagu Warisan Anak Kecil Main Api yang dinyanyikan semasa minggu orien­tasi melekat utuh di jiwa mereka sampai bila-bila.
Gelaran budak Engine, budak Law, budak Masscomm, budak Hotcat, budak A.D, budak Business dan lain-lain terlekat di dahi mereka, walaupun masing-masing kini sudah bercucu-cicit!
Itulah jiwa UiTM. ‘UiTM Tetap di Hatiku’, cogankata Naib Canselornya sekarang, Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga budak Engine (Kejuruteraan).
Baru-baru ini Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan program kebajikan membantu mangsa banjir di Kuantan yang turut disertai oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Dalam ucapannya, Idris dengan bangga berkata, "Saya juga alumni UiTM. Walaupun saya belajar sekerat jalan semasa mengikuti kursus Eksekutif MBA program Ohio di ITM pada 1984 dulu, tapi semangat saya untuk menjadi alumninya cukup kuat."
Beliau berjaya menyuntik semangat baru di sanubari kami semua. Gerakkan sema­ngat wakaf di kalangan alumni. Gerakkan semangat ‘memberi balik’ (spirit of gi­ving back) di jiwa mereka.
"Kita kutip RM1 bilion daripada para alumni," cabarnya.
"RM1 bilion?" saya selaku Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia tercengang. Saya tanya lagi "Seribu juta ringgit?"
"Ya RM1 bilion. Apa susah sangat," katanya.
Ilmu Hisab mudah beliau begini: Alumni UiTM ada 500,000. Setiap se­­orang menginfak, menderma, bersedekah, berwa­kaf sebanyak­ RM2,000. Dalam setahun alumni boleh mengumpul dana endowmen atau dana wakaf berjumlah satu ribu juta ringgit. Atau 500,000 alumni x RM2,000 = RM1 bilion.
"Sebagai permulaan saya sen­diri akan me­ngumpulkan da­ri­pada adik-ber­adik saya alumni UiTM. Setiap seorang akan menginfak RM2,000.
"Saya sendiri akan memberi RM10,000. Susah­kah itu?" tanya Idris.
Saya kata ti­dak. "Kita akan gerakkan."
Dalam tempoh beberapa hari ini sahaja, hasil semangat ‘wakafer’ di jiwa Idris beliau telah menggerakkan kempen melalui kumpulan Whatsapp dan SMS. Hasilnya lebih RM50,000 berjaya dikutip dan akujanji akan menderma.
Semangat wakafer Idris bukanlah asing. Sebelum menyertai Kabinet, beliau telah menggerakkan apa yang dikenali sebagai gagasan Wakaf Korporat melalui platform Yayasan Iqra’.
Saya sendiri juga terbabit dalam gerakan itu. Kami menggelar diri kami sebagai wakafer, atau penggerak wakaf.
Dana RM1 bilion ini akan dikenali sebagai Tabung Pendidikan Alumni UiTM.
Di universiti terkemuka Harvard misalnya, dana seperti ini bukan asing lagi. Ia digerakkan oleh para alumninya sehingga berjaya mengumpul dana endowmen berjumlah lebih AS$20 bilion.
Dana wakaf ini digunakan untuk memberi biasiswa, menyalur bantuan kebajikan, penambahbaikan kurikulum fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendapatkan pakar dalam pembelajaran, membiayai operasi universiti dan sebagainya.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera terbesar di negara ini, mengapa tidak kita mulakan budaya "memberi balik" ini?
"Jika Harvard berjaya kutip RM100 bilion dana endowmen, kita kutip dahulu RM1 bilion pertama, insya-Allah.
"Adakah kita hanya selama-lamanya akan menjadi bangsa penerima tongkat semata-mata?" kata Idris penuh semangat, semasa berhenti rehat untuk satu lagi program UiTM di Kuantan baru-baru ini.
Setakat ini semua begitu teruja dengan cadangan itu. Persatuan Alumni UiTM Malaysia akan menyelaras penubuhan sebuah panel penasihat yang dianggotai oleh pakar-pakar dan kapten-kapten industri kalangan alumni sendiri untuk mengawal selia dana ini mengikut konsep wakaf, secara telus.
Sebagai wakafer, Idris kelihatan puas. Puas untuk melihat budaya ‘memberi balik’ ini berjaya memartabatkan ummah secara keseluruh­an. Ternyata pandangannya merentas masa.
Beliau banyak belajar daripada budaya masyarakat Turki yang `memberi balik’ kepada ummah melalui wakaf dan infak. Daripada situ mereka membiayai pembinaan sekolah, madrasah, institusi kebajikan ke seluruh dunia sejak zaman Khalifah Uthmaniah lagi.
"Kita mulakan di UiTM dahulu kerana ia adalah institusi yang unik," katanya.
Benar, ia juga boleh menjadi contoh sejauhmana kita semua sebagai ummah alumni UiTM benar-benar faham mengenai erti ‘memberi balik’ - menginfak, bersedekah, menderma kepada institusi keramat Me­layu/Bumiputera ini.
Siapalah Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (PNB) tanpa ITM?
Siapalah Datuk Kamaruddin Maranun (AirAsia), siapalah Datuk Seri Shazzalli Ramly (Celcom), siapalah Datuk Aminar Rashid (Perodua), siapalah Tan Sri Mohd. Khamil Jamil (DRB-Hicom), siapalah Datuk Seri Zukri Samat (Bank Islam), siapalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (Boustead Hol­dings)? Siapalah Datuk Seri Panglima Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) tanpa ITM?
Siapalah Datuk Richard Malanjum (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak), siapalah Datuk Zaid Ibrahim (ahli politik/peguam), siapalah Datuk Seri Ir. Zin Mohamed (bekas menteri), Datuk Seri Azalina Othman Abas (bekas menteri) dan banyak lagi.
Tanpa institusi keramat ini, siapalah "budak-budak" itu hari ini?
Penulis juga ialah Presiden Alumni UiTM Malaysia

Jumaat, 7 Mac 2014

INFO : SESI TAKLIMAT@PENERANGAN PERCUMA MENGENAI PPT - PENYATA PENCAPAIAN TERDAHULU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sumber Artikel : https://www.facebook.com/jpkselatan

Sukacita dimaklumkan bahawa JPK Wilayah Selatan akan mengadakan Taklimat kepada Individu/Wakil Syarikat bagi Permohonan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) melalui kaedah PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) bagi tahun 2014. Taklimat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Pejabat JPK Wilayah Selatan di Johor Bahru dan Pejabat JPK Wilayah Selatan di UTC Melaka.

Tarikh : Seperti yang tertera
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

*Tempat adalah terhad.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon seperti yang tertera.





 
Photo: Sukacita dimaklumkan bahawa JPK Wilayah Selatan akan mengadakan Taklimat kepada Individu/Wakil Syarikat bagi Permohonan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA(SKM) melalui kaedah PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) bagi tahun 2014. Taklimat ini akan diadakan di dua lokasi iaitu Pejabat JPK Wilayah Selatan di Johor Bahru dan Pejabat JPK Wilayah Selatan di UTC Melaka.

Tarikh : Seperti yang tertera
Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi

*Tempat adalah terhad. 

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi nombor telefon seperti yang tertera.

Bagi mereka yang kurang jelas apa itu PPT , boleh klik artikel saya terdahulu  http://unikopmalaysia.blogspot.com/2010/11/apa-itu-skm-sijil-kemahiran-malaysia.html

Artikel yang saya tulis ada kaitan dengan PPT nih juga adalah http://unikopmalaysia.blogspot.com/2011/07/panduan-buat-calon-tenaga-pengajar.html

jadi jangan lepaskan peluang terutama untuk warga Bahagian Selatan Johor, Melaka, Negeri Sembilan.
Mana-mana yang ada pengalaman kerja bertahun-tahun dan hendak pengikitirafan dalam bentuk Sijil SKM @ DKM @DLKM jangan lepaskan peluang ..

Berikut adalah jadual syarat kelayakan untuk memohon PPT



Ini saya berikan contoh kes untuk memberi penjelasan berkaitan kaedah mendapat SKM@DKM melalui PPT

Kes 1:
Suriya telah bekerja sebagai kerani disebuah syarikat swasta selama 10 tahun . Semasa memohon kerani dahulu Suriya hanya memiliki SPM sahaja. Oleh kerana itu beliau telah dibayar gaji pokok sebanyak RM 800.00 sebulan. Setelah 10 tahun bekerja gaji pokoknya telah meningkat kepada RM 1050.00 sebulan.

Melalui PPT  ini jika dilihat dari jadual kelayakan , Suriya Layak mendapat pengiktirafan sehingga DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang setara dengan Ijazah). NOSS yang sesuai untuk jawatan kerani adalah FB-024-23 (Office Administration)

Kemungkinan manfaat yang bakal Suriya perolehi  bila ada DLKM tuh

a) Boleh Mengenggam Ijazah biarpun tanpa perlu belajar sepenuh masa dari peringkat Diploma
b)Boleh mohon naik gaji yang setara dengan ijazah dan ini amat praktikal terutama pada organisasi yang meletakkan syarat tangga gaji berdasarkan kelayakan samaada SPM ...Sijil..Diploma Ijazah sekian sekian.... 

Ok... Fikir2kan lah..jangan lepaskan peluang

Sekadar berkongsi info

Puan CtNorNabila.. Kolej Unikop Cawangan Melaka







Selasa, 4 Februari 2014

Makluman Panggilan Terakhir Ambilan Januari / Febuari 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berita Baik untuk mereka yang masih berminat untuk mendaftar sebagai pelajar Kolej Unikop Cawangan Melaka . Pendaftaran kedua ambilan Januari/Febuari 2014 akan diadakan pada 10/2/2014 (Isnin) ini.

CEPAT !!! Kuota terhad

Kursus Mekanik Kenderaan Motor masih berbaki 2 orang   lagi (Maaf penuh telah diisi pada 6/2/2014) manakala kursus yang lain2 (sistem komputer dan jahitan ) masih ada lagi kekosongan

Lepasan UPSR/PMR yang berumur 15 tahun ke atas digalakkan memohon . Lepasan SKM yang ingin melanjutkan pengajian juga digalakkan memohon....

Progam-program yang ditawarkan 

Mekanik kenderaan Motor SKM Tahap 1 , Tahap 2
Pembuat Pakaian Wanita SKM Tahap 1, 2
Juruteknik Sistem Komputer SKM Tahap 2, Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)

Yuran Pendaftaran Masuk hanya RM 650.00 sahaja .
Tiada sewaan asrama bulanan yang dikenakan hanya caj penggunaan utiliti (asrama) bagi pelajar yang tinggal di asrama iaitu RM 50 sebulan. Asrama dilengkapi katil, tilam, almari serta kawalaan warden dan pengawal keselamatan.

Yuran pengajian (belajar) bergantung kepada program/kursus dan tahap pengajian . Yuran pengajian juga ada tajaan penuh(Pinjaman) dari PTPK .

PTPK - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran menyediakan pinjaman untuk yuran pengajian dan elaun saradiri sebanyak RM 400.00 sebulan.

Berminat untuk maklumat lanjut , sila telefon segera 06-3123793 (Cik Zira) atau sms pada saya Pn Nabila (017-2547743) alamat email anda. Memandangkan masa tawaran terhad, kami tidak akan mengeposkan surat tawaran sebaliknya kami akan hantar surat tawaran dan dokumen berkaitan  melalui email sahaja.

Sekian, Terima Kasih




Senarai IPTA dan Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Yang Telah Menerima Lepasan DKM/DLKM

Assalamualaikum...

 Alhamdulillah... berjumpa juga dengan artikel berkaitan dengan peluang lepasan DKM/DLKM untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA

Makluman ini diambil dari laman web rasmi JPK http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/aktiviti/buletin/buletin/item/399-senarai-ipta-dan-program-pengajian-peringkat-ijazah-sarjana-muda-yang-telah-menerima-lepasan-dkm-dlkm berdasarkan sumber maklumat dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi

Jika dilihat dari senarai IPTA tersebut, terdapat 15 IPTA kesemuanya seperti :

UiTM, , UMS, UniMAP, UNIMAS, UPSI, UTeM, UTHM, UTM, UUM , UPM, UMP , USM, UM, UMT dan UKM

Tahniah dan Terima KASIH kepada JPK serta Universiti-universiti Tempatan yang menerima pelajar lepasan DKM/DLKM ini...

Sekadar menyampaikan maklumat...........

Wassalam

Pn Nabila

Isnin, 3 Februari 2014

Makluman Kursus Pendek Kolej Komuniti

Assalamualaikum...

Untuk mereka yang tercari -cari untuk mengikuti kursus pendek dengan harga kos kursus yang berpatutan bermula RM 5- RM 20 sahaja ..apakata daftarkan diri di laman web rasmi Kolej Komuniti.

Saya.. pn nabila pun dah daftarkan diri 5 minit yang lalu... harap sangat dapat sertai kursus roti bun dan roti pizza yang akan diadakan pada 8/2/2014 ni..di Kolej Komuniti Masjid Tanah.. Bayaran pendaftarannya Insyaallah mampu bayar ..cuma RM 5 termasuk bahan..

Jom ramai-ramai daftar.. Jangan lepaskan peluang.. Pilih sahaja program dan lokasi tempat kursus yang anda kehendaki...

Sekadar menyampaikan maklumat........

Pn CtNorNabila
Unikop Melaka