Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Isnin, 24 Disember 2012

TAWARAN kemasukan Program Sijil /Diploma Kemahiran Malaysia - SKM/DKM Ambilan JANUARI 2013



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

SILA KLIK MAKLUMAT TERKINI UNTUK SESI AMBILAN TERKINI 


PROGRAM SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) Yang Ditawarkan Untuk Intake Januari 2013

Sijil Mekanik Kenderaan Motor (SKM 1,2,3 - 2 tahun) 
Sijil Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (SKM 1,2 - 1 tahun)
Sijil Pembuat Pakaian Wanita ( SKM 1,2,3- 2tahun)

Syarat Minima Kemasukan

Umur 15 tahun ke atas -45 tahun
Pernah Menduduki UPSR/PMR/SPM
Memiliki 4 M (Minat , Mampu Membaca, Menulis dan Mengira)

PROGRAM DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) Yang Ditawarkan Untuk Intake Januari 2013

Diploma Sistem Komputer (SKM 2,3,DKM 4 - 2 Tahun 9 bulan)

Syarat Minima Kemasukan

Umur 17 tahun ke atas -45 tahun
Pernah Menduduki SPM
Memiliki 4 M (Minat , Mampu Membaca, Menulis dan Mengira)

Yuran Pendaftaran MASUK semester pertama : RM 500.00 sahaja
Yuran Deposit Asrama: RM 100.00 sahaja (sekali sahaja sepanjanng tempoh pengajian)
Yuran Bulanan Asrama : TIADA ( Kemudahan ASRAMA ini adalah PERCUMA di dalam kawasan Kolej dengan kawalan keselamatan , warden. Harga sebenar kos yuran asrama ini menjangkau RM 2600.00 diberikan sebagai SUBSIDI/PERCUMA kepada semua pelajar yang LAYAK menginap di Asrama )
Jumlah Yuran Pengajian : anggaran RM 13,400 - RM 17,000 untuk tempoh 2 tahun - 2 tahun 9 bulan mengikut pilihan kursus. Pinjaman penuh 100% kerajaan untuk yuran pengajian disediakan oleh  Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(PTPK), Kementerian Sumber Manusia. Pinjaman akan dibuat melalui pihak Kolej.
Elaun saradiri sebanyak RM 300 sebulan disediakan oleh PTPK hanya untuk peminjam PTPK sahaja

BERMINAT MEMOHON DAN INGIN DAFTARKAN DIRI  sila SMS nama, no kp, alamat, kursus pilihan ke 0172515054


Sekian, Terima Kasih.
ikhlas - Pn CtNorNabila ( 017-2547743)


63 ulasan:

  1. Assalammualaikum..
    Nak daftar online macam mane ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Terima Kasih atas pertanyaan anda

      Ada beberapa pilihan langkah yang boleh dibuat untuk pergi pada borang permohonan online

      1. pada petak carian maklumat (butang search), yang terletak disebelah kanan paling atas blog ini anda boleh taip borang online. Buat pilihan untuk program Sijil Kemahiran Malaysia

      atau

      2. Disebelah kanan blog ini , ada petak untuk Kategori Artikel. Klik pada perkataan Borang Permohonan Online Sijil Kemahiran Malaysia

      Padam
  2. salam,
    saye nak tanye,saye berumur 17 tahun dan baru habis blaja di giatmara,mengambil kursus teknologi sistem komputer thap 2.hanye mempunyai sijil upsr saja...jika mahu sambung thap 3 adakah saya boleh memohon???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      TQ atas pertanyan anda

      Kalau adik mempunyai SKM-JPK Tahap 2 Ya boleh sambung belajar di Kolej Unikop Cawangan Melaka. Bolehlah mohon untuk kemasukan Okt ni.

      Padam
  3. salam,
    nak tnye? kalau SIstem Komputer, cawangan di kedah ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kolej Unikop hanya ada 2 lokasi jer dik..satu di Melaka dan HQ di KL. Kursus sistem komputer nih rasanya ada ditawarkan di Kedah tapi pusat bertauliah/PLK lain la...adik mungkin boleh rujuk maklumat dalam blog saya panduan untuk mencari kursus dan PLK yang adik kehendaki. Harap dapat membantu

      Padam
  4. Assalamualaikum..?
    Saya sudah membuat permohonan kemasukan untuk program sistem komputer..
    Harap akak akan pos surat tawaran, berserta 'flyers' maklumat tentang Kolej Unikop dgn lebih lanjut..
    TQ

    BalasPadam
  5. salam
    kursus diploma automotif ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf..setakat nih Unikop Melaka hanya tawarkan kursus mekanik kenderaan motor/otomotif sehingga SKM tahap 3 sahaja... Untuk peringkat diploma anda boleh sambung kemana-mana pusat bertauliah yang ada tawarkan DKM/Tahap 4

      Padam
    2. salam
      kursus diploma automotif ada tak?

      Padam
  6. Salam untuk course Sijil/ Diploma Sistem Komputer boleh apply lg tak?? Saya sgt berminat.dan untuk Diploma apa requirementnya? please reply asap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...

      Emm kalau tak sempat masuk untuk intake Disember 2012 nih anda boleh apply untuk intake Jan 2013. Daftar online

      TQ

      Padam
    2. kenapa masih tak dpt jawapan dari pihak kolej tentang permohonan?

      Padam
    3. Surat tawaran untuk ambilan jan 2013 akan hanya dikeluarkan pada dan selepas 26 Disember 2012. Harap bersabar dan maklum.

      Tq

      Padam
    4. Satu lagi...tarikh pengambilan dijangka akhir bulan jan 2013 - awal febuari dan kami masih beri peluang untuk pelajar2 memohon sehingga 10/1/2013.

      TQ

      Padam
    5. da 27 disember..masih takde jawapan pun..mcmana crite ni..

      Padam
    6. salam...

      dik Malik Perang..cuba baca jawapan saya betul2 bertarikh 20 Disember 2012 jam 1:34 pg tuh

      Surat tawaran hanya akan dikeluarkan selepas 26 hb Disember, oleh yang demikian maksudnya 27 /12 atau 28/12 atau 31/12 sekalipun kan masih selepas tarikh tuh...

      Mereka yang BERJAYA untuk ditawarkan pada Intake Jan 2013 ini dijangkakan akan menerima surat tawaran SELEWAT-LEWATNYA PADA 10/1/2013

      Sekian, Terima Kasih.


      Padam
    7. wassalam.maaf2 teruja lebih.haha.ok2.sy akan tunggu. sorry ye puan.

      Padam
    8. salam.lagi dua hari sebelum 11hb. masih takde jawapan.ke mmg tepat2 11hb dpt jawapan.

      Padam
  7. boleh anta maklumat yuran untuk kursus pakaian wanita mahadimm@gmail.com

    BalasPadam
  8. boleh lagi saya mohon pada hari rabu??27.12.2012 ini di cawangan...

    BalasPadam
  9. Salam.mcm mane nk th pmohonan sya d terima atau tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bg surat@email kot.tapi ntahla sy pun takde jawapan lg ni.huuhu 11hb nak dekat.

      Padam
  10. Salam.mcm mane nk th pmohonan adk sya d terima atau tidak

    BalasPadam
  11. da 11hb masih tak dpt jawapan...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...

    Harap-harap yang berkaitan telah menerima surat tawaran anda .Jika masih belum/bermasalah sila hubungi saya/SMS 017-2547743. Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum... PuanCTNabila saya nak tanya,saya cuma ada skm elektronik thp3,tapi saya tiada spm kalau sambung DKM boleh ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Yus kalau tidak silap saya boleh tapi anda kena lihat dimana tempat anda ingin lanjutkan pelajaran tersebut. biasanya PLK(Pusat Latihan Kemahiran) swasta menerima pelajar dengan SKM 3 tanpa kelulusan SPM untuk ke peringkat DKM cuma PLK kerajaan ada syarat khusus mereka. Anda boleh buat carian PLK swasta yang tawarkan kursus elektronik atau cadangan saya jika hendak belajar juga di PLK kerajaan apakata anda ambil semula peperiksaan SPM untuk matapelajaran tertentu sahaja...SPM adalah peperiksaan terbuka jadi sesiapa sahaja atas 17 tahun boleh ambil dengan syarat berdaftar dengan Jabatan Pelajaran

      Wassalam

      Padam
  14. Assalamualaikum... Sijil Pembuatan Pakaian Wanita , berapa kali pengambilan setahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Setakat untuk tahun 2013 nih kami buat 2 kali ambilan untuk kursus pembuat pakaian wanita iaitu sesi Jan/Feb dan akan datang untuk ambilan Jun 2013

      TQ

      Padam
  15. assalammualaikum,saya nak tanya saya dah ada sijil tahap 1&2 dalam bidang pembuatan pakaian dari Institut Kemahiran Baitulmal KL. jadi kalau saya nak sambung disini untuk tahap 3 dan selanjutnya macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      TQ Nabilah....penyertaan anda sebagai pelajar Tahap 3 di Kolej Unikop Cawangan Melaka amat dialu-alukan...isikan sahaja borang online.. Jangan lupa tulis kelulusan anda SKM 2.

      Jumpa Nanti

      Wassalam

      Padam
    2. ooo cawangan di KL tak ada ye, kalau macam tu tarikh masuknye bile?

      Padam
  16. salam nak tanya .... berapa yuran utk kemasukkan Pembuat Pakaian Wanita? ada elaun bulanan? berapa sebulan elaun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...

      Yuran pendaftaran masuk kursus pembuat pakaian wanita RM 600.00. Jumlah Yuran pengajian keseluruhan untuk 2 tahun ialah RM 13,400.00 . Pilihan membayar yuran pengajian samaada gunaduit sendiri secara bayaran lumpsum/ansuran bulanan atau melalui pinjama PTPK(Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran) .

      Jangan silap faham ya..elaun bulanan adalah sebahagian daripada pinjaman PTPK untuk pelajar yang membuat pinjaman sahaja dan jumlahnya RM 300 sebulan.

      Wassalam

      Padam
    2. assalammualaikum puan ct nabila :) saya baru thu ada permohonan tetntang unikop ini , tapi saya terlambat . macam mana yee ?? sbb sya terlampau minat dgn khusus yg diberi . nak call atau pergi kolej unikop yg berhampiran ? boleh ke saya bermohon ?

      Padam
  17. salam, saya nak tanya sy hanya mempunyai kelulusan upsr sahaja dan tidak sekolah dan tidak ambik pmr boleh ke sy masuk kolej unikop?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Amirah..

      Ya Boleh..untuk kursus selain Diploma Sistem Komputer dengan syarat anda minat,boleh membaca,menulis,mengira

      Padam
  18. assalamualaikum .. sy da daftar da untuk intake jun 2013 ni tp surat tawaran still belom sampai ..

    BalasPadam
  19. asalamualaikum, puan nabila, sy berumur 17 tahun ..saya cuma ada upsr dan pmr saja, spm sy ta de,, kalau sy nak memohon masuk kolej ni rasa puan nabila boleh ta, saya nak sangat sambung belajar semula.. saya harap sangat2 dapat.... amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...

      boleh...tapi program selain sistem komputer la

      Padam
  20. Aslmkm... Saya Nak tanye kalau diploma sistem komputer separuh mase ade tak? saya ni single mother ade anak sorang umo 22.. Berkeinginan sgt nk smbg belajar.. Sye ade spm tapi Spm sye pon xboleh dibawa ke mana... Mcmne ye puan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam


      Buat masa ini belum ada...sy kena buat survey dulu sambutan macammana..kalau ramai yang berminat dan cukup utk tampung 1 kelas Insyaallah boleh diadakan..mohon rujuk selalu blog ini..

      Padam
  21. salam pn nabila...nak tanya kursus untuk separuh masa untuk penghawa dingin ada tak?atau sistem komputer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Buat masa ini belum ada lagi..apa2 pun sy harap anda boleh rujuk selalu blog ini atau ikuti bog ini melalui email. Mana tau ada tawaran belajar sepenuh masa yang ditawarkan nanti. Terima kasih

      Padam
  22. halo mam.. my name is kesavan.. from penang, i am really interested in program mekanik kenderaan bermotor.. but unluckily the intake is over.. is there any other intake in future for me to enter? please do help me mam.. thanks alot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello..

      Insyaallah there will be new coming intake for mekanik kenderaan motor programme this year. When ?... i am not sure probably in july/august coz It depends on how much new/added quota can we get from PTPK(for the student study loan) .

      anyway don't forget to register your email with this blog so that you can follow and get the latest new

      Pn Nabila



      Padam
  23. salam.sye x de spm.tpi minat sye dkm komputer je

    BalasPadam
  24. assalammualaikum puan ct nabila :) saya baru thu ada permohonan tetntang unikop ini , tapi saya terlambat . macam mana yee ?? sbb sya terlampau minat dgn khusus yg diberi . nak call atau pergi kolej unikop yg berhampiran ? boleh ke saya bermohon ?

    BalasPadam
  25. assalamualaikum saya nak tanya bilakah intake untuk SKM tahap 3 kursus automotif yang seterusnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Insyallah ikut perancangan kami akan tawarkan Intake Julai 2014 ini untuk SKM 3 automotif. Permohonan akan mula dibuka Insyaallah bulan Febuari 2014 ini.

      Terima kasih atas pertanyaan anda

      Padam
  26. nk tnye bleh berape pratus amali bape pratus teori

    BalasPadam
  27. salam sy dulu skola tahfiz sy xde sijil upsr smpai spm tp sy msuk giatmara n da hbis kursus n dpt sijil skm tahap 2 gcpa3.46 bole ke sy nk apply?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy cme nk tau syarat n layak ke sy apply kursus yg dtawarkn atau sbaliknye..n klau blum ckup syarat ape yg sy ptut lakukn..di msa akn dtg...

      Padam
    2. Waalaikumsalam amin

      Kalau anda ada SKM Tahap 2 dah mmg layak untuk memohon program yang ada ditawarkan di Kolej Unikop Cawangan Melaka

      :)
      TQ

      Padam
  28. puan....saya frederick wisley from serawak,nak tanya umur saya dh smpai 17 tahun,,dan jujur aku ada sijil upsr je,dan nak tau lah sama ada blog puan ni ada menawar kan krusus tak..dan klau bole saya nak mendaftar untuk krusus pembuan pakaian wanita..dan saya memerlukan jawapan puan secepat mungkin..dan satu hal lagi nak kena tanya puan,.boleh ka sijil upsr mengambil krusus yang aku mohon tadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk maklumat puan sila hantar maklumat/jawapan puan kat frederickwisley96@yahoo.com sekian terima kasih.

      Padam
    2. hello frederick.. Jawapannya Ya boleh sebabnya syarat kemasukan program Sijil Kemahiran Malaysia yang kami tawarkan hanya memerlukan kelayakan 4 M iaitu boleh membaca, menulis, mengira dan minat... jika ciri2 kelayakan 4 M itu anda ada..jawapannya boleh masuk mendaftar sebagai pelajar disini..

      Terima kasih

      Padam
    3. maaf puan krusus mekanik kenderaan motor sudah dibuka ataupun belum,.dan web ni mengatakan pengamblan pelajar akan dibuka jun/julai kan?dan berapakah bayaran kemasukan pelajar?

      Padam
  29. salam puan sy nk brtanya anak saya brumur 15thn hnya ada sijil upsr dn pelajar madrasah tp sngat brbakat dlam bidang kemahiran permotoran dn elektrikal jd bleh kah anak sy memohon kemasukan ke institusi ini dlm adakah kursus yang brsesuaian dgnnya d kl

    BalasPadam