Kolej Unikop merupakan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta)milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia. Kolej Unikop menawarkan program peringkat Pra Diploma dan Diploma bagi program akademik Usahasama dengan UiTM (Universiti Teknologi MARA) di Kolej Unikop Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) manakala program Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej Unikop Cawangan Melaka

Isnin, 8 Oktober 2012

TAWARAN kemasukan Pelajar PROGRAM UiTM Intake Mei 2013




Assalamualaikum.../ Salam sejahtera

Sekiranya andia berminat untuk bergelar pelajar program UiTM dan tidak mendapat tempat di UiTM, jangan susah hati..anda berpeluang untuk belajar di Kolej Unikop (KL) yang merupakan salah satu daripada Kolej Bersekutu UiTM

Permohonan intake Mei 2013 dibuka sekarang sehingga 30 April 2013.

Berikut adalah program-program UiTM yang ditawarkan di Kolej Unikop

* Pra Diploma Perdagangan - memerlukan kelulusan minima 3 kredit
* Pra Diploma Sains - memerlukan kelulusan minima 3 kredit
* Diploma Sains - memerlukan kelulusan minima 5 kredit / Lulus Pra Diploma
* Diploma Pengajian Perniagaan- memerlukan kelulusan minima 5 kredit/ Lulus Pra Diploma
* Diploma Perakaunan- memerlukan kelulusan minima 5 kredit/ Lulus Pra Diploma
* Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat- memerlukan kelulusan minima 5 kredit/ Lulus Pra Diploma
*Diploma Sains Kuantitatif- memerlukan kelulusan minima 5 kredit/ Lulus Pra Diploma
*Diploma Sains Komputer- memerlukan kelulusan minima 5 kredit/ Lulus Pra Diploma

Sila rujuk syarat kemasukan program UiTM  untuk maklumat terperinci tentang matapelajaran yang diperlukan dalam kelulusan minima yang dinyatakan diatas . Anda juga boleh menghubungi saya PN NABILA 017-2547743 untuk sebarang pertanyaan.


BAGAIMANA INGIN MEMOHON MASUK ?
Mudah sahaja pilih salah satu dari yang berikut .
1. Daftar Online. Klik Borang Permohonan Online Program UiTM atau
2. DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN MASUK PROGRAM UiTM - Kolej UNIKOP
dan poskan borang permohonan yang lengkap ke alamat seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan tersebut . Pastikan borang tersebut perlu sampai selewat-lewatnya sebelum/pada 30 April 2013.

** PENTING!!!! Hanya calon yang LAYAK dan memenuhi syarat kemasukan sahaja akan ditawarkan surat TAWARAN


JIKA ANDA SEBAGAI SEORANG CALON PELAJAR MASIH RAGU-RAGU TENTANG KOLEJ UNIKOP ..SAMAADA NAK MASUK BELAJAR/TERIMA TAWARAN ATAU TIDAK..APA KATA LUANGKAN SEDIKIT MASA ANDA BACA ARTIKEL YANG SAYA TULIS TENTANG KELEBIHAN BELAJAR DI KOLEJ UNIKOP.

Selamat BERJAYA... UiTM di hatiku

Pn Nabila

28 ulasan:

  1. bagaimana dengan yuran pengajian untuk diploma?? berapa kadar yg di perlukan ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. utk maklumat kadar yuran tuh boleh tak cik telefon terus ke Unikop KL 03-61867936 untuk maklumat lanjut....

      TQ

      Padam
    2. As Salam. Mana-mana calon yang terpilih dan ditawarkan tempat untuk belajar program Diploma UiTM di Kolej Unikop Taman Koperasi Polis ..anda amat beruntung . Sebabnya Yuran Pengajian anda adalah diberikan SUBSIDI(istilah MUDAH ...PERCUMA) dan anda akan menerima elaun bulan BERSIH berjumlah RM 520 - RM 530 sebulan jika membuat pinjaman dengan PTPTN/MARA.

      Amboi..kasar tuh berbelanja... Difahamkan jika pelajar-pelajar yang membuat pinjaman PTPTN biasanya bulan kedua atau ketiga dah dapat elaun tuh (Dapat RM 2500 satu semester) manakala untuk pelajar yang membuat pinjaman MARA pulak akan menerima elaun bulanan pada semester kedua (keputusan berdasarkan result sem 1 dan kepujian matematik masa SPM dan kelulusan MARA)..

      So apalagi mohonlah belajar di KKB Kolej Unikop yang ternyata menguntungkan pelajar .

      Padam
  2. salam.. bagaimana utk saya nk semak keputusan kelayakan kemasukan saya? kerana saya ade terima sms dr pihak tuan.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum...

    terima kasih yaya nana..

    pada pendapat saya nana boleh terus reply/hantar sms semula ke no yg menghantar sms tu untuk semakan /pertanyaan.

    BalasPadam
  4. Brape lama masa d ambil utk surat tawaran smpai slepas dpt sms t'sebut

    BalasPadam
  5. assalamualaikum azizi ...

    saya tak pasti.....pertanyaan nih ttg program unikop kl kan..saya tak dapat nak jawab..saya bertugas dan bekerja di unikop melaka...tapi saya cadangankan anda sms..tanya pada yg berkaitan tuh (yg menghantar sms pada anda)..atau call sahaja terus unikop kl 03-61867939... untuk maklumat lanjut...

    TQ

    BalasPadam
  6. ada lagi program diploma dgn uitm pada bulan lain ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. As Salam... kalau tak silap saya intake Nov nanti ada ...Kolej Unikop ikut sistem pengambilan UiTM

      Padam
    2. Intake Nov nih amat sesuai sekali terutamanya untuk lepasan SPM yang sedang mengikuti program PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) yang sedang berlangsung nih... Adik2 akan belajar dalam batch yang baru..bezanya terlewat habis skit 1 sem berbanding kawan2 yang masuk sem Jun 2012.. Apapun Semoga Berjaya mencapat cita-cita anda....

      Padam
  7. assalammualaikum, pihak unikop ada menghubungi saya dan memberitahu bahawa saya lyak mndapat kolej ini. tetapi saya tidak mndapat surat tawaran ke kolej ini. pihak kolej ada meminta saya menghantar salinan kad pngenalan ibu. saya belum berbuat demikian, kerana itukah saya masih belum mendapat surat tawaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Ya betul dik . Surat Tawaran Rasmi/Sebenar akan hanya dikeluarkan kepada calon yang layak apabila calon tersebut menyerahkan semua dokumen yang diperlukan ke Kolej Unikop Kuala Lumpur.

      Untuk pelajar-pelajar yang masih berminat untuk menyambung pelajaran di Kolej Unikop KL (TAWARAN MASIH DIBUKA) atau pelajar yang telah menerima sms dari pihak Kolej diminta supaya SEGERA menghubungi talian hotline Kolej 03-61867936 untuk sebarang maklumat/pertanyaan.

      Padam
  8. assaalamualaikum, saya nak tanya kalau nak belajar program diploma ambilan november bila boleh saya boleh buat permohonan(kalau boleh beritahu tarikh permohonannye)?

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam...

    Tq Muhd Syafiq atas pertanyaan anda

    Berkaitan dengan tarikh permohonan tuh saya tak pasti dan belum terima apa-apa maklumat, tapi pada pendapat saya bolehlah mula dipohon selepas sesi kemasukan Jun 2012 ditutup iaitu dalam tempoh 23/6/2012 sehingga 31/10/2012. Permohonan awal secara online/ hadir sendiri ke Kolej Unikop membolehkan pihak berkaitan iaitu bahagian pengambilan dan rekod pelajar untuk menyemak keputusan dan kelayakan calon seterusnya menyerahkan surat tawaran.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,saya nak tanya.Saya ada buat permohonan kemasukan melalui online,macam mana saya nak tahu jika permohonan saya berjaya atau tidak?Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Kalau program akademik UiTM di Kolej Unikop KL, jika masa pendaftaran masih dibuka, anda akan dihubungi melalui telefon oleh pegawai dr Unikop KL tetapi jika pendaftaran tersebut melebihi tempoh pendaftaran yg ditetapkan, bagi calon yg layak, surat tawaran akan dikeluarkan sebelum tarikh pengambilan yg seterusnya.

      Sedikit tips untuk calon pelajar, Pastikan bahawa anda memenuhi semua syarat minima kemasukan yg diletakkan dan peluang anda untuk LAYAK dan ditawarkan surat tawaran adalah tinggi (100%)

      Padam
  11. salam. kalau saya ambil program pra diploma sains,setelah habis pengajian boleh amik diploma teknologi makmal perubatan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Kalau tidak silap sy ya boleh cuma untuk makluman anda dan semua, Program diploma teknologi perubatan tidak ditawarkan dikolej unikop KL . Kami hanya tawarkan program diploma sains dan diploma sains komputer. Pelajar-pelajar yang mengambil pra-diploma di mana-mana salah satu Kolej Bersekutu perlu menyambung program diploma di Kolej-kolej Bersekutu(KKB) sahaja. Untuk ijazah baru boleh sambung kemana-mana Universiti awam@swasta.

      Untuk makluman Maira dan semua pembaca blog ini, UiTM sendiri dibawah Program "Mengubah Destinasi Anak Bangsa"
      ada menawarkan program Pra-Diploma ini samaada pra-diploma sains@perdagangan@perakaunan dan pelajar2 inilah yang mengambil pra diploma di UiTM sendiri yang dapat menyambung program selain yang ditawarkan di KKB.

      Harap penjelasan saya dapat memberi sedikit kecerahan kepada anda ...untuk lebih info apa kata rujuk pada UiTM terus...laman web mereka.

      Terima kasih

      Padam
    2. mengambil diploma di UiTM @program2 yang adik kehendaki tuh..sorry silap taip...

      Padam
  12. Salam.sy lepassan skm tahap 3 teknologi komputer sistem dan sy ingin mnyambung dkm tknologi komputer sistem..bolehkah sy diterima???kalau boleh nak masuk utk intake jan 2013..Harap Boleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam

      Kod kursus teknologi sistem komputer tuh IT-020@D-041 ker? Jika yer boleh dik...hehehe... nih silap tempat tanya soalan..nih untuk program UiTM jer.... Kursus sistem komputer tuh untuk program kemahiran JPK...
      Apapun jangan risau tak salah bertanya.

      TQ

      Padam
  13. Salam Pn.Saya nak isi borang Unikop secara online intake Mei 2013.Kod peperiksaan tu ape?

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Assalamualaikum..

      maaflah program yang ditawarkan sepenuh masa sahaja.. Mungkin UiTM ada tawarkan program PJJ untuk separuh masa. Boleh dirujuk laman web UiTM.

      TQ

      Padam
  15. adakah result pra diploma sain boleh digunakan 2 kali?
    sperti gagal d,peringkat diploma then ingin mnggunakan result pra itu kembali untuk pemohonan diploma semula...
    Jika tidak boleh adakah student boleh mndaftar semula untuk pra itu kembali?

    BalasPadam
  16. assalamualikum, saya nak tanya, program untuk sijil juruelektrik tahap 1 tak ade ke? kalau ada, bila pengambilannya?

    BalasPadam
  17. assalamualaikum...sy nk tnya, adik sy kena dismiss sebab result dia teruk untuk bidang sains computer kt uitm...blh tak dia memohon kolej bersekutu terus tanpa membuat clearance terlebih dahulu? harap reply secepat yg mungkin sebb permohonan akn ditutup 8 nov ni kn

    BalasPadam
  18. salam sy nak tanya unikop nie diiktiraf ke oleh (MQA) sama bila boleh semak kemasukannye...

    BalasPadam